Wednesday, May 4, 2011

Easy YouTube Video Downloader 4.1


ADD-ONS youtube downloader.


Apple iPad 2: Hands On Look

Exclusive working Samsung Galaxy Tab 8.9 Hands On

Sony terus digodam

TOKYO 3 Mei Krisis keselamatan Internet Sony semakin buruk berikutan pendedahan terbaru syarikat itu, semalam bahawa penggodam telah mencuri data daripada 25 juta pengguna sistem permainan komputer mereka, Sony Online Entertainment.

Pendedahan itu dibuat sehari selepas orang nombor dua Sony, Kazuo Hirai mengumumkan satu penilaian baru diperkenalkan untuk menghindari serangan siber seperti yang berlaku ke atas PlayStation Network.

Ia dilakukan bagi memperbaiki imej syarikat itu dan memberi jaminan kepada penggunanya yang mungkin beralih ke permainan Microsoft, Xbox.

Serangan terbaru yang didedahkan, semalam itu berlaku sehari sebelum satu lagi kes pencerobohan besar ke atas rangkaian permainan video yang menyebabkan kecurian 77 juta akaun pengguna PlayStation Network.

Syarikat elektronik Jepun ini berkata, mereka mengesan pencerobohan rangkaian permainan komputer di dalam talian ini pada 2 Mei lalu.

Pencerobohan itu menyebabkan kecurian 10,700 rekod debit secara langsung daripada pengguna di Austria, Jerman, Belanda dan Sepanyol serta 12,700 nombor kad kredit dan debit dari luar Amerika Syarikat (AS).

Rangkaian Sony Online Entertainment ialah perkhidmatan yang membolehkan seseorang itu bermain permainan komputer di Internet.

Menurut Sony, data seperti nama, alamat, e-mel, tarikh lahir, nombor telefon dan beberapa maklumat lain daripada 24.6 juta pengguna permainan komputer itu telah dicuri daripada pelayan mereka, selain satu pangkalan data lama tahun 2007.

Jurucakap permainan itu yang beribu pejabat di San Diego berkata, perkhidmatan tersebut telah dihentikan pada pukul 1.30 pagi waktu Pasifik, semalam.

Jurucakap Sony, Sue Tanaka ketika ditanya mengenai risiko kecurian data lain memberitahu bahawa mereka telah mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan firewall (pengasingan virus). REUTERS

Sumber : Utusan

Google Chrome 11.0.696.57 Stable Released


The Google Chrome team has released Chrome v 11.0.696.57 to the "Stable Channel" for all platforms (Windows, Mac, Linux). Apart from the usual bug, security and performance fixes the brand new Chrome 11 build features speech input through HTML using which users can translate using text-to-speech into other languages with Google Translate.